Moi dix Mois Guitar 2

TIP BELAJAR BERKESAN


Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.

 
1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.

2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.

3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.

4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalammemberi ruang untuk anda belajar.

5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.

6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.

7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.

8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan

 
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.

2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.

3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.

4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

 

namun, apa yang penting ialah niat kita dalam belajar itu mestilah ikhlas semata-mata kerana ALLAH... kerana dgn niat ikhlas seperti inilah kita akan mendapat keredhaan dan bantuanNYA...
wallahua'lam... . selamat mencuba... ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers