Moi dix Mois Guitar 2

HARIMAU MUDA JELAJAH AUSTRALIA




Jadual dan keputusan
Disember 13, 2011 (Selasa): Harimau Muda 3-0 Sydney FC
Penjaring Gol: Ahmad Hazwan Bakri (2 gol), K Gurusamy,

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee memuji komitmen yang ditunjukkan pemain yang jarang digunakannya selepas mereka berjaya menundukkan Sydney FC 3-0 dan ia sekaligus memberikan gambaran positif kepada skuad negara untuk menampung kelemahan yang dihadapi sebelum ini.

Skuad negara ketika ini dalam siri rangka perlawanan persahabatan antarabangsa di Australia sebagai persediaan sebelum bermula aksi pusingan kedua kelayakan Olimpik pada Februari nanti.

"Pada separuh masa pertama saya menurunkan para pemain yang jarang-jarang bermain, hanya Muslim dan Guru saja bermain secara kerap.

"Namun mereka mempamerkan aksi yang mantap, saya berharap komitmen pemain ini dapat diteruskan lagi," kata Kim Swee.

Skuad Olimpik negara berjaya menggunakan kelebihan yang dimiliki selepas kelab tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain dan sepakan percuma oleh K. Gurusamy pada minit ke- 45 memberi kelebihan 1-0 kepada skuad kendalian Kim Swee.

Manakala Ahmad Hazwan Bakri menambah dua jaringan pada minit ke-79 dan 90 selepas memanfaatkan sepenuhnya kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Sydney FC.

Kemenangan yang diperoleh skuad olimpik negara menonjolkan beberapa aspek peningkatan positif oleh para pemain baru negara dan pastinya Kim Swee mengharapkan mereka dapat mengekalkan momentum sama sekiranya diberi peluang beraksi dalam perlawanan lebih kompetitif dan penting.

Seterusnya, skuad Olimpik negara akan turun menentang Central Coast Mariners Rabu ini sebelum melengkapkan aksi persahabatan di Sydney berdepan Newcastle Jets pada 19 Disember.

Disember 14, 2011 (Rabu) Harimau Muda lwn Central South Mariner
Disember 19, 2011 Isnin): Harimau Muda lwn Newcastle Jets

Disember 09, 2011 - Senarai akhir 23 pemain ke Australia
Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Penjaga Gol Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Sharil Saari

Pertahanan: Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohammad Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Mohamed Amer Saidin, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Shahrul Mohd Saad

Tengah: Mohd Irfan Fazail, S. Sivanesan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fandi Othman, Mohd Affize Faisal Mamat, K Gurusamy, Muhammad Nazmi Faiz Mansor

Penyerang: Mohd Izuan Solahuddin, A. Thamil Arasu, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, D. Saarvindan, Ahmad Hazwan Bakri

Dari 36 pemain yang dipanggil latihan pusat, hanya 30 pemain akan dipilih untuk skuad Harimau Muda ke Liga-S Singapura.

Dikehendaki melaporkan diri latihan pusat November 5, 2011 (Isnin) hingga Disember 22, 2011
Berlepas ke Australia pada Dis 10.

Senarai 30 pemain:
Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2, *Syazwan Yusof (Kelantan) - dikecualikan dari latihan akibat Kelantan tiada pemjaga gol.
3. Sharil Saari (Terengganu)
4. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)

Pertahanan;
5, Nik Mohd Syahrul Azim (Kelantan)
6. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
7. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
8. Mohammad Amer Saidin (Harimau Muda A)
9. Mohammad Muslim Ahmad (Terengganu)
10. Mohammad Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)
11. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)

Tengah;
12. Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
13. Mohd Affize Faisal (Harimau Muda A)
14. Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)
15. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
16. K Gurusamy (Selangor)
17. Mohd Fandhi Othman (Harimau Muda A)
18. Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda A)
19. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
20. Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Harimau Muda A)
21. Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda B)
22. Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS)
23. K Rubent (UKM)

Penyerang;
24. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
25. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
26. Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
27. Syahrul Azwari Ibrahim (Kelantan)
28. A. Thamil Arasu (Harimau Muda A)
29. D. Saarvindan (Harimau Muda B)
30. Muhammad Akmal Ishak (Harimau Muda B)
Pemain tambahan: S. Sivanesan (Felda United), Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd. Ferris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A), Shahrul Mohd Saad, Nur Areff Kamaruddin dan Mohd. Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B), .

Wan Zack, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam, Gary Steven Robbart -tidak menjalani latihan akibat kecederaan. Hanya 23 pemain akan di bawa ke Australia. Sememtara 30 pemain akan disenarai dalam skuad Harimau Muda ke Liga S

Perlawanan Persahabatan
Oktober 15, 2011 (Sabtu)
Malaysia U23
Izzaq Faris Ramlan (81'), Yong Kuong Yong (90'+2) 2-0 Nepal Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mahalli Jasuli (Nazirul Naim Che Hashim 56'), Muhammad Amer Saidin, Muhammad Syazwan Tajuddin (Mohammad Muslim Ahmad 56'), Mohamad Fandi Othman (Ruben Thayaparan Kathrillai 90'+1), Syahrul Azwari Ibrahim (Izzaq Farris Ramlan 46'), Gurusamy Govandar Kandasamy (Abdul Shukor Jusoh 46'), Gary Steven Robbat, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Mohammad Ferris Danial Mat Nasir 81'), Mohammad Nazmi Faiz Mansor (See Kok Luen 75'), Badrol Bakhtiar (C)


MAJU SUKAN UNTUK NEGARA!!!!! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers