Moi dix Mois Guitar 2

15 kanak-kanak maut nahas jalan raya



BEIJING 14 Dis. – Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak sekolah rendah terbunuh apabila sebuah bas sekolah terbabas dan jatuh ke parit di timur China, semalam.
Pekerja di kilang berdekatan yang terdengar suara kanak-kanak menangis serta meminta tolong bergegas ke tempat kejadian dan bertindak memecahkan tingkap bas sebelum menarik keluar kanak-kanak tersebut.
Seramai 15 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan lapan lagi cedera dengan seorang daripadanya parah, menurut jurucakap pentadbiran wilayah Jiangsu yang enggan dikenali.
Agensi berita Xinhua melaporkan, bas yang boleh memuatkan 52 orang itu membawa 29 pelajar, iaitu tidak melebihi muatan.
Insiden berlaku pagi semalam ketika bas melakukan perjalanan di lebuh raya di luar bandar Xuzhou di wilayah utara.
Menurut laporan berita, bas itu cuba mengelak sebuah beca secara mengejut dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Pemandu bas kini ditahan untuk disiasat. – AGENSI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers